Seksa anak kekasih dengan cara kejam, lelaki dihukum mati cara suntikan

Seksa anak kekasih dengan cara kejam, lelaki dihukum mati cara suntikan. Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah smenusuk sembilan batang paku dengan tujuan membunuh anak perempuan kekasihnya di Vietnam awal tahun ini.

Seksa anak kekasih dengan cara kejam, lelaki dihukum mati cara suntikan

Keputusan itu dibuat di sebuah mahkamah di Vietnam itu menyaksikan lelaki berkenaan iaitu Nguyen Trung Huyen yang merupakan seorang tukang kayu akan menerima hukuman dengan diberi suntikan maut kerana jenayahnya.

Dia didakwa selepas keputusan ujian X-ray yang dibuat di sebuah hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas ditusuk sembilan batang paku.

Malah, tertuduh juga difahamkan pernah menyeksa anak kekasihnya dengan memaksa minum racun perosak, menelan kuku serta mematahkan tangannya sebanyak empat kali sejak September 2021.

Manakala pada 17 Januari lalu, mangsa ditampar berkali-kali kerana gagal menjawab soalan yang diajukan. Kes penderaan itu hanya diketahui oleh ibunya, dia segera ke Hospital Daerah Thach That namun disahkan koma dan meninggal dunia dua bulan selepas dipindahkan ke Hospital Saint Paul.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*