“Saya menggeletar teruk, sumpah seram…” Lelaki tanya jalan tiba-tiba buka seluar.
Seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di sekitar kediamannya di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Nur Ana Najihah berkongsi rakaman berdepan detik cemas diganggu seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian petang Ahad.
Dia yang senang disapa Ana berkata, pada mulanya dia sedang berjoging dan bersenam di kawasan tersebut sebelum menyedari dirinya diekori penunggang motosikal lelaki tidak dikenali.
“Tengah joging, saya perasan ada seorang lelaki ikut saya. Dua kali dia pusing tempat sama jadi saya buat (rakam) video,” katanya.
Dalam video itu, kelihatan lelaki itu mengajak Ana berbual dengan cuba bertanyakan tentang jalan.
“Lepas tu lelaki ni berhenti motosikal yang dinaiki depan saya nak bertanya jadi saya jawab je.
“Tapi jawab acuh tak acuh je sebab dah menggeletar (ketakutan). Kemudian saya terus blah,” tulisnya pada video.
Gangguan terhadap dirinya berterusan apabila lelaki terbabit masih mengekorinya.
Detik paling menakutkan Ana apabila lelaki itu membuka seluar untuk melakukan perkara tidak bermoral di hadapannya.
“Lepas tu dia datang lagi ye. Empat kali dia pusing tempat sama. Dia berhenti motosikal depan saya.
“Saya menggeletar teruk masa ni. Dia secara perlahan-lahan buka seluar. Rupanya dia nak lakukan onani. Sumpah seram,” katanya lagi.
Menurut Ana, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi seperti ini sejak menetap di perumahan Damansara Damai tiga bulan lalu.
Malah, pengalaman ini cukup memberikan kesan buruk sehingga dia takut untuk keluar dari rumah.
“Saya tengah jalani latihan praktikal di kawasan sekitar dan tinggal di rumah kawan. Saya memang selalu joging dekat kawasan sini.
“Selama ni tak pernah kena gangguan daripada sesiapa pun. Tapi benda dah nak jadi kan. Saya memang tak kenal pun siapa dia.
“Saya tak buat laporan polis, duduk dalam rumah je. Tak keluar pergi mana-mana pun demi jaga keselamatan diri,” katanya.
Jelas Ana lagi, dia membuat perkongsian video supaya orang ramai di luar sana sentiasa beringat bahawa sesiapa sahaja boleh diganggu, tak kira siang atau malam.
“Saya berharap sangat semua orang terutama sekali perempuan… tolonglah berhati-hati dekat luar sana.
“Pastikan kalau nak keluar mana-mana kena berteman. Paling tidak pun, hantar lokasi secara langsung (live location) dekat orang terdekat.
Turut baca :
- {VIDEO} Selain ‘ngilu’ lihat tangan terputus ‘melekat’ bawah lori, kedengaran suara perakam mangsa juga ‘hilang kepala’
- {VIDEO} “Seinci lagi nak rempuh budak lintas jalan secara melulu…” Ingatkan selamat, rupanya…
- Kurang ajar! Itulah perkataan diungkap warga maya selepas lihat video Toyota Hilux halang laluan ambulans
Leave a Reply