Salahuddin : Syarikat insurans beri reaksi ‘positif’ terhadap ‘Insurans Rahmah’

Syarikat-syarikat insurans memberikan maklum balas positif terhadap usaha kerajaan untuk melebarkan inisiatif Rahmah dalam bidang itu, kata Salahuddin Ayub.

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata kerajaan mendapat reaksi positif pertama daripada insurans Etiqa.

Katanya, perkara itu antara dicapai susulan sesi libat urus untuk memperkenalkan insurans lebih murah untuk perlindungan kereta, rumah dan aset-aset lain.

Beberapa syarikat sebelum ini memperkenalkan menu Rahmah RM5 bagi mengurangkan beban rakyat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*