“Salah Siapa?” Tiada lagi gunung cantik di Ipoh, habis kena tarah, rakyat persoal

Baru-baru ini, sebuah halaman Facebook iaitu Perak Press telah mencuri perhatian warga maya apabila pengendalinya ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan pemandangan gunung-ganang yang berada di negeri Ipoh, Perak.

Dalam perkongsian yang kemudiannya menjadi tular itu, foto yang menunjukkan gunung yang dahulunya subur dan hijau kini semakin gondol dan terhakis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur kecewa melihatkan kerakusan tangan manusia yang menghancurkan habitat alam semula jadi.

Sakit hati tengok kehancuran alam semulajadi di Ipoh. Semakin pupus atas nama kemajuan. Segala keindahan itu hanya tinggal kenangan.

Perak sememangnya diketahui sebagai antara negara pengeluar utama bahan binaan seperti batu kapur dan batu marmar putih.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan mengenai kebenaran mengaut hasil bumi sehingga kelihatan jelik itu terletak di atas bahu siapa dan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di atas segala kerosakan di atas muka bumi ini.

Gunung dah tak ada. Esok angin lintang, ribut kerap lah jadi. Allah jadikan itu bukan suka-suka. Ada sebabnya.

 

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*