Seorang lelaki nekad membatalkan majlis pernikahannya yang berbaki seminggu kerana bakal isterinya itu menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks.
Kisah tersebut dimuat naik oleh wanita terbabit di akaun TikTok miliknya sebelum dikongsikan semula di Aceh Tribunews. Menerusi perbualan yang dikongsikan, bakal pengantin lelaki terbabit menghantar pesanan kepada bakal isterinya dan mengajak wanita itu melakukan hubungan seks. Namun wanita terbabit meminta bakal suaminya itu bersabar sehingga mereka sah bergelar suami isteri.
Ya Allah, seminggu lagi kita akan berkahwin. Sabar. Sekarang belum halal, berdosa.
Akan tetapi, lelaki terbabit terus mendesak dan memujuk akan bertanggungjawab atas perbutan tersebut. Lelaki itu turut mengugut akan melakukan perbuatan terkutuk itu dengan wanita lain sekiranya bakal isterinya menolak. Tidak cukup dengan itu, si lelaki tergamak mengugut untuk membatalkan perkahwinan mereka yang berbaki seminggu sahaja. Meskipun sudah puas dinasihati, tetapi lelaki itu langsung tidak mengendahkannya.
Akibat daripada permintaan tersebut berterusan ditolak, bakal suami nekad membatalkan perkahwinan mereka.
Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan lelaki terbabit tetapi dalam pada masa sama mereka bersimpati dengan nasib gadis berkenaan.
Leave a Reply