Seringkali kita menggunakan panggilan suami isteri yang manja dan melambangkan kasih sayang seperti ‘abang’, ‘sayang’ dan ‘baby’. Tapi, pasti anda pernah mendengar pasangan suami isteri menggunakan panggilan yang digunakan oleh anak-anak iaitu ‘ayah’ dan ibu’.
Dengar memang comel tapi rupanya ada yang tertanya-tanya sama ada panggilan sebegini boleh mengubah status pasangan suami isteri ketika berhubungan menjadi zina. Berikut merupakan penjelasan dari Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan.
HUKUM PANGGILAN SUAMI ISTERI SEBAGAI ‘AYAH’ DAN ‘IBU’
SOALAN
Assalamualaikum Ustaz. Benarkah seorang isteri tidak boleh memanggil suami dengan panggilan papa/abah atau suami memanggil isteri dengan panggilan mama/ibu? Kerana ada ustaz kata ia menyamakan pasangan kita dengan individu yang haram kita kahwini.
JAWAPAN
Penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan adalah, masalah ini berdasarkan kepada uruf dan bahasa setempat. Cumanya, bagi masyarakat Arab yang terdahulu, mereka menggunakan nama anak hasil perkahwinan tersebut dan diletakkan abu atau ummu sebagai contoh anak mereka bernama Ali maka bapanya dipanggil Abu Ali dan ibunya pula dipanggil Ummu Ali.
Bukan itu sahaja, berdasarkan penjelasan dari Mufti Negeri Perak, hukum memanggil suami atau isteri dengan ‘ayah’ atau ‘ibu’ adalah harus jika tujuan asalnya untuk mendidik anak supaya terbiasa dan menghormati panggilan tersebut.
Ada yang bertanyakan bahawa sama ada hubungan suami isteri akan bertukar kepada ‘berzina’ jika menggunakan panggilan sebegini. Jangan risau, hubungan anda tidak akan bertukar kepada zina jika melakukan hubungan apabila menggunakan panggil ayah dan ibu.
*Kalau ini merupakan cara untuk menunjukkan manja dan kasih sayang, apa salahnya bukan?
Leave a Reply