Polis : Lelaki baling botol kaca dari balkoni apartmen dikesan

Polis mengenal pasti individu dalam satu video tular membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah apartmen ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan dari sebuah premis kediaman tinggi di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi mengenal pasti individu berkenaan dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Tindakan berkenaan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam,”

Bagaimanapun, Noor Dellhan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 bagi membantu siasatan.

Semalam, tular sebuah video berdurasi seminit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @syrupboy yang memaparkan perbuatan seorang lelaki membaling botol kaca dari balkoni sebuah apartmen ke arah jalan raya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*