Polis ‘kutip’ Papagomo selepas aibkan Agong

Polis ‘kutip’ Papagomo selepas aibkan Agong.  Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan berhubung kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Harian Metro melaporkan bekas exco Pemuda Umno itu dalam hantaran video selama dua minit 46 saat mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim menerima menghadap pengasas KK Mart, Chai Kee Kan pada awal bulan ini.

Dalam video itu, dia turut mendakwa Sultan Ibrahim mengarahkan Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, 45, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan tangkapan berkenaan susulan susulan laporan diterima polis berkaitan video terbabit.

“Individu berkenaan ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata polis sedang memohon reman terhadap Wan Azri untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Chai di Istana Negara pada 3 April lalu susulan kontroversi rangkaian kedai serbaneka itu dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

Chai dalam sesi menghadap 15 minit itu memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*