Gelombang sokongan terhadap PN nampaknya belum reda di Kedah selepas calon mereka Azman Nasrudin, 50, secara rasmi diumum sebagai pemenang dalam pilihan raya parlimen itu, malam ini.
Azman yang juga Adun Lunas memperoleh sejumlah 51,637 undi menewaskan lima calon lain dengan majoriti 16,260 undi, sekaligus merampas kerusi yang disandang PKR sejak 2008 itu.
Calon Pakatan Harapan (PH) Mohamad Sofee Razak ditempat kedua tertinggi dengan 35,377 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN) C Sivarraajh 2,983 undi.
Selain itu calon bebas Sreanandha Rao memperolehi 846 undi diikuti calon Pejuang Hamzah Abd Rahman 424 undi, dan calon Warisan Mohd Bakhri Hashim dengan 149 undi.
Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Calon BN, Mohd Johari Hussain memperoleh 8,080 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim dengan majoriti 573 undi.
Nor Idayu mendapat 7, 507 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly yang sebelum ini mengumumkan menarik diri mendapat 784 undi.
Dua lagi calon, Osman Bakar daripada Pejuang dan Sulaiman Bakar (Bebas) hilang deposit.
Turut baca :
Leave a Reply