PN lantik Hamzah dilantik ketua pembangkang, Muhyiddin ketua Ahli Parlimen, Hj Hadi timbalan

Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam sebuah mesyuarat beberapa hari lepas.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai ketua pembangkang telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Jawatankuasa juga melantik Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” katanya ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini.

Selain itu, Takiyuddin berkata, jawatankuasa itu juga bersetuju melantik beliau sebagai ketua whip PN.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*