Perikatan Nasional pertikai gagasan Masyarakat Madani

Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak habis-habis menjadikan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai modal politik dalam mempertikai gagasan Masyarakat Madani.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menganggap kerangka dasar baharu untuk negara itu sebagai compang-camping.

“Ada hit and misses di situ dalam gagasan terbaru kerajaan. Compang-camping idea madani dibuatnya,” kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Ahli Parlimen Machang berkenaan malah akan ‘bersyarah’ mengenai konsep madani mengikut kacamata tokoh ilmuwan Syed Muhammad Naquib al-Attas di Dewan Rakyat bulan hadapan semasa perbahasan Titah Diraja.

Semalam, dalam satu hantaran lain di Facebook, Fayhsal menulis, “Trending acronyms: 1. MADANI ✅ 2. KWSP ❌

Kecenderungan pimpinan muda itu mencanangkan kembali tuntutan pengeluaran KWSP dengan mempersoal gagasan Masyarakat Madani hanya mencerminkan kedangkalan politik PN.

Alasan menuntut pengeluaran KWSP bagi mengatasi masalah terputus wang tunai dilihat sudah tidak relevan memandangkan negara pada masa ini bukan berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak akhir tahun 2021 lagi, lebih banyak peluang pekerjaan kembali tersedia seperti didedahkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menerusi Indeks Sentimen Pengguna (CSI).

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menegaskan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP.

Menteri Kewangan itu berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.

Perikatan Nasional pertikai gagasan Masyarakat Madani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*