Penyokong tuntut PM Anwar ‘ganyang’ kerajaan Pas Terengganu

Penyokong tuntut PM Anwar ‘ganyang’ kerajaan Pas Terengganu. Tekanan semakin kuat kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengajar kerajaan negeri Terengganu erti kerjasama antara pusat dan negeri serta bidang kuasa masing-masing.

Ini berikutan tindakan kerajaan negeri Terengganu yang seolah-olah mencari gaduh dengan kerajaan pusat sehingga melanggar normal-bormal biasa hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.

Ekoran tindakan pemimpin kerajaan negeri tidak menyambut ketibaan dan menghantar kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun ke Terengganu baru-baru ini, pemimpin kerajaan Terengganu telah diserang oleh orang ramai.

Sebagai membalasnya, para pemimpin Pas Terengganu membuat kritikan yang tidak beradab terhadap apa yang berlaku.

Komen dari Timbalan Exco Kerajaan Terengganu, Sulaiman Sulong paling tidak disenangi oleh orang ramai.

Komen beliau di Facebook dianggap keterlaluan dan menghina PM yang datang berkunjung ke Terengganu untuk menghadap Tuanku Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Padahal, pihak Putrajaya telah memaklumkan lawatan ini kepada Kuala Terengganu di mana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil antara yang menyambut ketibaan PM Anwar.

Jika pentadbiran kerajaan pusat tidak memaklumkan lawatan ini kepada kerajaan negeri, sudah pasti Setiausaha Kerajaan tidak ada menyambut ketibaan dan menghantar kepulangan PM Anwar. Yang jelas pemimpin kerajaan negeri memboikot kunjungan ini.

Cara penyokong Pas menjawab isu ini juga sangat menyakitkan hati penyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Antaranya mereka mendakwa, Kerajaan Perpaduan telah tidak memberikan wang kepada rakyat Terengganu secara terus kepada kerajaan negeri tetapi melalui ajensi kerajaan pusat.

Jadi buat apa nak hormat pemimpin kerajaan pusat.

Perkara ini dijelaskan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Mariah Mahmud, bahawa sememangnya itu amalan kerajaan pusat hatta terhadap Selangor.

“Bantuan kerajaan pusat kepada Selangor juga dibuat melalui ajensi mereka bukan kepada akaun kerajaan negeri.

“Bagi kami, ia tidak menjadi masalah. Yang penting ia sampai kepada kumpulan sasarannya iaitu rakyat,” kata Dr Mariah.

Sebenarnya, bagi banyak pihak cara itu lebih baik berdasarkan pengalaman sumbangan RM400 juta kerajaan persekutuan kepada Kelantan ketika Pakatan Harapan memerintah negara dahulu.

“Daripada biarkan pimpinan kerajaan negeri beli Mercedes baik bagi terus kepada ajensi kerajaan pusat dan ia sampai kepada kumpulan sasar iaitu rakyat,” kata seorang pemimpin Umno Terengganu.

PEMIMPIN PAS TERENGGANU

Sebenarnya, cara pemimpin Pas Terengganu melayan Anwar Ibrahim sejak dari dahulu lagi tidak beradab.

“Datuk Seri Saifudin (Nasution Ismail) pernah bercerita kisah ini kepada ambo (saya) secara detail.

“Bila DSAI sampai di rumahnya, DSWAWI (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar) telefon tanya Saifudin apa yang berlaku di Terengganu sebab nampak sangat DSAI terkesan dengan peristiwa itu,” tulis Che Ibrahim Mohamad, pimpinan Amanah Kelantan sambil menyiarkan semula catatan Menteri Dalam Negeri itu yang menemani Anwar menemui Presiden Pas Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu 2015 lalu.

AJAR KERAJAAN YANG SOMBONG

Bagi Naib Ketua Pemuda Amanah, Hishamuddin Ghazali atau lebih dikenali Sham Ghaz, cara terbaik untuk mengajar Kerajaan Terengganu yang sombong ini adalah dengan melengah-lengahkan bayaran wang royalti minyak untuk Terengganu.

“Sekiranya duit Royalti tidak diterima oleh Kerajaan Terengganu, saya yakin, orang yang pertama pergi jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah MB Perlis, tetapi MB Terengganu,” kata Sham Ghaz dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, Belanjawan Terengganu 2022, amat jelas bahawa Terengganu bergantung penuh iaitu 84.9 peratus hasilnya adalah dari Hasil Bukan Cukai (termasuk Royalti).

“Belanjawan Terengganu bagi tahun 2022 total semua adalah RM1.507 Billion, tetapi Royalti Petroleum adalah RM1.28 Billion (terima hasil bukan cukai).

“Mereka cuma perlu cari RM227 juta sahaja duit luar selain Royalti bagi tahun 2022. Kerja tak penat pun, lantik tunggul kayu pun boleh jika setakat goyang kaki terima duit Royalti setiap tahun,” kata beliau.

Menurut beliau, Kerajaan Terengganu kena ingat, Royalti Terengganu diberi semula zaman Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia iaitu pada tahun 2019.

“Boleh rujuk juga Royalti tahun 2019 sebanyak RM1.277 Billion, tahun 2020 sebanyak RM1.28 Billion.

“Saya mencadangkan jika nak “test” kehebatan Kerajaan Negeri Terengganu pacu ekonomi, apa kata Royalti tahun 2023 tangguh dulu hingga Disember 2023, duit tetap bagi. Nanti kita boleh tengok siapa akan sambut siapa kan?

“Duit itu pula diserahkan ke Perbadanan Khusus bagi memantau perbelanjaan Negeri dari A-Z. Maka disitu kita boleh lihat MB Terengganu competence atau tidak,” cadang beliau.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*