Penyanyi Thailand dipilih ganti Eda Ezrin nyanyikan lagu ‘Bea Soba Bea Raya’

Penyanyi dari Thailand, Deqnee Dusongnyo dipilih menyanyikan lagu Bea Soba Bea Raya, menggantikan penyanyi wanita asal yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand.

Penerbit juga komposer lagu, Eddie Hamid, 62, berkata, Deqnee akan bergandingan dengan Den Manjo, Man Khan dan Rosalinda, dengan proses rakaman dimulakan minggu hadapan.

Katanya, lagu itu sepatutnya menjalani proses rakaman 3 November lalu, namun ditangguhkan disebabkan penyanyi wanita ditahan Polis Thailand dalam serbuan di hotel di Sungai Golok pada 1 November.

“Saya memilih Deqnee Dusongnyo disebabkan mempunyai vokal yang sesuai dan hampir sama dengan penyanyi asal,” katanya ketika ditemui pada Misi Bantuan Banjir Musim Tengkujuh Untuk Nelayan di Pantai Sabak, semalam.

Sementara itu, Eddie berkata, kali terakhir dia berhubung dengan penyanyi wanita berkenaan pada 31 Oktober lalu mengenai lirik lagu Bea Soba Bea Raya dan Tokleh Nak Soba.

“Sejak dia ditahan, saya sentiasa mengikuti perkembangan kesnya dan dimaklumkan dia juga sudah boleh menerima keadaan sekarang, berbanding sebelum ini (awal ditahan).

“Insya-Allah pada Januari saya akan melawatnya di sana,” katanya yang memberitahu turut menyimpan lagu untuk penyanyi wanita itu.

Media sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular di Kelantan antara enam individu yang ditahan Polis Thailand, bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 pil kuda.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*