Pemuzik jalanan ‘tibai’ pelancong enggan beri wang

Pemuzik jalanan ‘tibai’ pelancong enggan beri wang.

Seorang pemuzik jalanan di kota Jogjakarta membelasah seorang pelancong yang sedang makan kerana enggan memberikan wang kepadanya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam kejadian kelmarin, pemuzik jalanan berkenaan dikatakan membelasah pelancong tersebut yang sedang makan di sebuah gerai sekitar Hotel Harper.

“Baru sahaja terjadi tadi, seorang pemuzik jalanan memukul gadis yang sedang makan menggunakan batu besar kerana berang tidak diberikan wang,” demikian menurut keterangan pada satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa tiada seorang pun individu lain yang berada di lokasi kejadian tampil membantu pelancong tersebut.

Pemuzik jalanan berkenaan akhirnya melarikan diri selepas mangsa melempar batu ke arahnya.

“Pada pendapat saya, pemuzik jalanan di sekitar kawasan Jalan Malioboro perlu diberi amaran agar berkelakuan sopan supaya tidak mengganggu ketenteraman para pelancong.

“Sikap mereka boleh merosakkan imej Jogjakarta sebagai kota pelancongan,” tambah hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Jogjakarta, Asisten Komisioner Polis Timbul Sasana Raharja mengesahkan pihaknya sedia maklum mengenai insiden tersebut dan telah menemui mangsa.

Bagaimanapun Timbul berkata, mangsa enggan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*