Pelakon kongsi video 5 sebab Anwar layak jadi PM

Pelakon dan pengarah Farid Kamil membayangkan pihak yang akan disokongnya dalam PRU kali ini, menerusi dua hantaran terbarunya di Instagram.

Semalam dia mengongsikan satu hantaran video pendek dengan tajuk “lima sebab Anwar Ibrahim layak jadi perdana menteri ke-10”.

Video itu menyenaraikan apa yang dilihat sebagai pencapaian pengerusi PH itu sebelum ini, antaranya anugerah menteri kewangan terbaik dunia dan Asia yang diraihnya ketika era 1990-an dan imejnya sebagai pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Video itu ditamatkan dengan soalan: “Anda rasa siapakah yang layak jadi perdana menteri ke 10?”

Bagaimanapun ia diiringi kapsyen daripada Farid sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Bagaimanapun, hantaran yang dimuatnaiknya lima hari lalu lebih jelas.

Ia memaparkan wawancara Anwar berkenaan tindakannya menghalang rasuah ketika menjadi timbalan perdana menteri.

“Bagai mimpi datang menyapa, ‘biar buta satu mataku, asalkan terbuka mata hari rakyat’,” kata Kamil pada hantaran itu.

“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan,” katanya lagi, memetik ucapan yang sering dilaungkan Anwar dalam ceramahnya.

Ini bukanlah kali pertama Farid, 41, menunjukkan kecenderungannya kepada mana-mana pihak dalam politik.

Sebelum ini, dia secara terbuka menyatakan rasa bahagianya selepas PH menang dalam PRU14 dan Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Sebaik saja PRU14 berakhir, dia mendedahkan pernah berdepan pelbagai “sekatan” antaranya digam oleh produksi tempatan hingga periuk nasinya sebagai seniman terjejas kerana sokongan yang disuarakan kepada Mahathir.

Kata pelakon filem Tombiruo itu, dia juga perlu berdepan masalah lain seperti soal pembayaran ke atas naskhah yang pernah dilakonkan.

Katanya lagi ketika itu, dugaannya tidak terhenti di situ apabila ada rakan-rakannya menjauhkan diri kerana pegangan politik yang berbeza.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*