Peguam terkenal Siti Kasim berdepan detik cemas, objek seolah ‘bom’ ditemukan dibawah kereta

Peguam terkenal Siti Kasim berdepan detik cemas, objek seolah ‘bom’ ditemukan dibawah kereta.  Peguam Siti Kasim bimbang terdapat cubaan membunuhnya selepas perkakasan yang antara lain terdiri daripada dua botol dan wayar yang dibimbangi “bom” ditemukan melekat di bawah keretanya.

Menurut Siti, objek itu ditemui melekat pada bahagian bawah kenderaannya, ketika dia menghantarnya untuk diselenggara di sebuah bengkel di Bangsar, Kuala Lumpur, awal hari ini.

Dia membuat perkongsian siaran langsung di Facebook untuk menceritakan pengalamannya.

“Saya menghantar kereta saya untuk diselenggara kerana saya perlu memandu ke Kelantan untuk kes mahkamah hujung minggu ini.

“Saya sedang makan tengah hari apabila bengkel menghubungi saya untuk bertanya tentang objek yang kelihatan mencurigakan itu,” katanya.

Siti berkata, dia tidak tahu bila objek itu dipasang pada kenderaannya apabila ia diletakkan di kawasan parkir kondominiumnya sepanjang masa.

“Saya hanya keluar ke Petaling Jaya dan saya pasti polis dapat mencari pelakunya tidak lama lagi,” katanya.

Objek yang dikatakan itu kelihatan seperti dua botol yang disumbat dengan banyak wayar, yang kemudiannya dipasang dengan cangkuk pada bahagian bawah kereta.

Siti menghubungi polis selepas penemuan itu, dan tiba tidak lama kemudian.

Bengkel itu kemudiannya dikosongkan untuk pemeriksaan.

Ketika laporan ini ditulis, skuad bom polis sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*