Nurul Izzah tiada kuasa, hanya beri maklum balas kepada PM sahaja

Jawatan yang diberikan kepada Nurul Izzah Anwar tidak mempunyai apa-apa punca kuasa kerana beliau akan bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri sahaja.

Oleh itu, kerja Nurul hanyalah untuk dapatkan maklum balas rakyat terhadap dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk dimaklumkan kepada perdana menteri, kata satu sumber dari pejabat Datuk Seri Anwar.

“Apa isu Nurul Izzah dilantik penasihat ekonomi PMX,” tanya beliau yang mempertahankan perlantikan itu.

Menurut beliau, Nurul Izzah tidak ambil gaji, oleh itu dia bekerja untuk rakyat tanpa guna wang ringgit rakyat.

“Nurul Izzah bukan CEO atau chairman yang ada sebarang kuasa untuk meluluskan projek, tender dan sebagainya.

“Sebagai penasihat dia hanya boleh beri nasihat kepada PMX; itupun PMX tak wajib terima nasihat itu pun,” kata beliau.

Nurul Izzah juga, katanya, bukan ‘gatekeeper’ atau penjaga PMX, “sesiapa nak jumpa PMX boleh terus berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri.

“Malah sesiapa yang cuba guna Nurul Izzah untuk jumpa PMX pun tak tentu PMX akan layan!” katanya.

Katanya, fokus kerja Nurul Izzah ialah untuk dapatkan maklum balas rakyat terhadap Bajet dan dasar kerajaan, “bukan luluskan projek atau jadi penasihat ‘bertaraf menteri’ yang tak function macam dulu!”

“Kalau tak guna duit rakyat, dan jawatan yang tak ada kuasa – mana nepotisme nya?

“Jadi, apa isunya Nurul Izzah dilantik?” kata beliau lagi.

Pembangkang menjadi perlantikan Nurul Izzah Anwar sebagai isu untuk menyerang PM Anwar, padahal dia dilantik sebagai penasihat sahaja dan gaji pula tidak diberikan kerana jawatan itu.

Ekoran itu, pembangkang diserang oleh penyokong Pakatan Harapan. Presiden Pas dan pentadbirannya di Kelantan menjadi sasaran utama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*