Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai dibuat oleh pihaknya seperti yang tular di media sosial.
Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.
Ujarnya, orang ramai boleh menyemak sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, menerusi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (bantuantunai.hasil.gov.my).
“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan hantaran sebegini. Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti.
“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya.
Sebelum ini tular di media sosial beberapa akaun TikTok memuat naik beberapa bantuan yang kononnya disalurkan kerajaan sehingga mendapat lebih 18,000 tontonan dan perkongsian.
Menerusi ruangan komen, apabila orang ramai bertanya bagaimana ingin memohon bantuan tersebut, pemilik akaun itu akan meminta pengguna mengklik pautan mencurigakan yang ada di ruangan ‘biography’.
Turut baca :
Leave a Reply