Menteri MAFS jawab sindiran Exco Terengganu berkaitan import telur dari India

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu semalam menyindir tepat ke batang hidung Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang mempersoalkan usaha murni para menteri Kerajaan Perpaduan.

Dalam catatannya di Facebook, Exco itu mendabik dada bahawa Kerajaan Negeri Terengganu dengan bantuan FAMA telah mendahului langkah Kerajaan Persekutuan membawa masuk telur untuk mengatasi kekurangan bekalan di Terengganu.

Dengan nada menyindir beliau menyatakan: “Sebagai langkah jangka pendek dan penyelesaian sementara bermula dari pertengahan Disember 2022, FAMA Terengganu telah membawa masuk lebih 340 ribu bekalan telur dari negeri lain ke Terengganu sebagai langkah mengatasi isu kekurangan bekalan. Ini adalah telur tempatan bukan dari Tamil Nadu.”

Namun hataran itu diulang siar oleh Menteri MAFS Mohamad Sabu, yang berkata sebenarnya telur yang dibekalkan oleh FAMA itu adalah arahan Kementeriannya kepada FAMA agar dihantar ke Terengganu.

“Untuk pengetahuan YB, yang mengarahkan FAMA menghantar bekalan ke negeri Terengganu sejak bulan lepas sehingga sekarang adalah Menteri MAFS,” jawab Mohamad dengan menyertakan emoji menahan tawa.

Dr Azman sebelum itu mengungkapkan usaha Kerajaan Terengganu bersama pelabur swasta untuk menternak ayam penelur di negeri itu.

Catatan tersebut dianggap wajar untuk keterjaminan makanan Terengganu, namun memperkecilkan usaha kerajaan pusat memastikan bekalan tidak terputus sebagaimana ketika Pas berada dalam kerajaan sebelum ini tidak sewajarnya diperlekehkan.

Menteri MAFS jawab sindiran Exco Terengganu berkaitan import telur dari India

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*