Memilukan !!! 4 termasuk bayi 7 bulan maut tercampak dilanggar treler

Memilukan !!! 4 termasuk bayi 7 bulan maut tercampak dilanggar treler.  Empat beranak terkorban apabila motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah treler yang membawa muatan pasir dalam nahas ngeri di Kampung Semanggar di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27.

Dua anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4 juga Nurfatihah Jannah berusia 7 bulan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak di Kampung Mawai di sini.

Menurut ibu Siti Jamaliah, Rosni sintingan, 53, dia mendapat maklumat kejadian itu kira-kira pukul 3 petang selepas anak buahnya terlihat gambar kemalangan yang menimpa anak cucunya itu di Facebook sebelum ada orang lain yang menghubunginya.

Katanya, dia juga sempat ke lokasi kejadian namun ketika itu tidak sempat menemui anaknya kerana telah dibawa menaiki kenderaan polis bersama cucunya Nurfatihah Jannah.

“Semasa saya sampai saya dapat lihat menantu dan anak lelakinya sahaja yang masih terbaring di lokasi. Saya tidak tahu mereka pergi ke mana tetapi kalau cuti memang mereka akan berjalan anak beranak mungkin ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke Felda Pasir Raja berjumpa rakannya.

“Mereka anak beranak memang akan menaiki motosikal ke mana sahaja kerana itu sahaja kenderaan yang mereka ada. Sebelum ini mereka pernah juga terlibat kemalangan namun hanya alami cedera.

“Kami sekeluarga puas juga nasihat suruh mereka beli kereta namun katanya tak apa naik motosikal. Kami hanya kesian pada anak dan isterinya sahaja. Tak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, Siti Jamaliah merupakan anak sulungnya dan kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada dua hari lepas.

Katanya, ketika itu anak dan menantunya mempunyai urusan di Negeri Sembilan dan menumpangkan sekejap dua anak mereka itu dirumahnya untuk dijaga.

“Mereka pergi berdua menaiki motosikal. Bila balik mereka sempat tidur di rumah datuk mereka sebelum balik ke Mawai bersama dua anaknya itu.

“Masa itu dia seperti biasa sahaja tak ada pun cakap apa-apa yang pelik cuma beritahu ‘mak nak balik’. Kami bersalaman masa itu saya nak cium dia tetapi dia tak nak.

“Kemudian mereka anak beranak balik ke rumah walaupun masa itu cuaca agak hujan saya pesan juga jangan balik tetapi mereka sampai dirumah dengan selamat,”katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut dan masih dalam siasatan pihak polis.

 

 

Memilukan !!! 4 termasuk bayi 7 bulan maut tercampak dilanggar treler

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*