Membongkar rahsia di sebalik dua lautan terpisah. Baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik oleh saudara Iwan Cknap telah menjadi viral dengan 5,555,516 views dan mendapat hampir 150 ribu perkongsian. Video tersebut mendedahkan satu fenomena unik tentang dua lautan yang terpisah seolah-olah ada dinding lutsinar sedang menyekat lautan itu.
*Assalamualaikum*
Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu video yg bagus tentang masalah dua lautan yg tak pernah menyatu, akhirnya saya mendapatkan kiriman video yg bagus tentang kebenaran firman Allah Swt dlm surat *Ar-Rahman ayat 19,20 & 21*
Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19, 20, dan 21 yg berbunyi:
Dia membiarkan dua lautan mengalir yg keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yg tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yg kamu dustakan?
(Q.S. Ar-Rahman:19-21)
Dan Dialah yg membiarkan 2 laut yg mengalir (berdampingan); yg ini tawar lagi segar & yg lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yg menghalangi
(QS. 25:53)
Inilah video tersebut, yg memperlihatkan aliran dua lautan yg tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yg memisahkannya.
Masya Allah, Maha Besar Allah Yang Maha Agung. Ternyata air laut yg tdk bercampur itu benar-benar ada.
Dua lautan yg tidak bercampur itu terletak di Selat Gibraltar, selat yg memisahkan benua Afrika & Eropa, tepatnya antara negera Moroko & Spanyol.
Semoga bermanfaat untuk bahan tadabbur AlQur’an.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Sememangnya benar bahawa semua perkara yang berlaku adalah atas kuasa dan kehendak Allah SWT. Akan tetapi, adakah terdapat sebarang penjelasan saintifik di sebalik kejadian aneh ini?Untuk pengetahuan anda, lautan yang terletak di Teluk Alaska ini sebenarnya sudah bertahun lamanya diviralkan. Terdapat juga ramai pakar yang telah memberikan penjelasan lanjut sebelum ini mengapa dan bagaimana fenomena seperti itu boleh berlaku.
Pada tahun 2007, sekumpulan ahli oseanografi telah membuat kajian berkenaan mendapan glasier (glacial sediment) yang dibawa oleh arus perlahan dari persisiran pantai Alaska ke tengah-tengah lautan. Olakan air ini yang berasal dari sungai Copper sepanjang 286 batu di tanah Alaska sememangnya kaya dengan mendapan glasier, bendasing seperti partikel lempung berat (heavy clay) dan besi (iron).
Menurut salah seorang profesor dari University of California-Santa Cruz yang menyertai pelayaran itu, Ken Bruland, apabila olakan kecil ini mengalir perlahan-lahan memasuki lautan yang lebih besar, ia akan bergabung dengan ombak dan arus yang lebih deras. Pertembungan inilah yang menghasilkan pusaran dan buih-buih halus.
Tidak benar sama sekali !
Maka, adalah tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mengatakan kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung sama sekali. Ia akhirnya akan bergabung, cuma proses yang berlangsung itu adalah secara perlahan tetapi berterusan. Apa yang dilihat oleh mata kasar itu hanyalah pertembungan kedua-dua arus yang terjadi pada momen dan ketika itu sahaja.
Menurut Ken Bruland lagi, “sempadan” lautan ini juga sentiasa berubah-ubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.
Jadi, sekiranya ada rakan yang menceritakan kepada anda tentang keajaiban lautan yang tidak bercampur ini, bolehlah anda pula bantu mereka dengan membongkarkan rahsia dan penjelasan saintifik di sebaliknya.
- Turut baca : Buru suspek tikam polis hingga ke lubang cacing
Leave a Reply