“Masa penentu segalanya” Salahuddin jawab kritikan Wan Fayhsal berkait pasar raya mampu milik

Menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah semuanya melalui libat urus dan akhirnya menghasilkan kejayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub, berkata “masa akan menentukan segalanya” susulan kritikan seorang pemimpin Bersatu terhadap idea pasar raya mampu milik dicadangkannya sebelum ini.

“Masa akan menentukan tetapi sebagaimana inisiatif lain, kita akan mengadakan libat urus dengan pemain industri dahulu.

“Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Jualan Rahmah semuanya melalui libat urus dan akhirnya menghasilkan kejayaan,” katanya selepas sesi walkabout peniaga dan pelancaran Bazar Ramadan Rahmah (BRR).

Salahuddin berkata, beliau yakin dengan kejayaan idea pasar itu dengan keberhasilan inisiatif konsep “Rahmah” sebagaimana dilihat melalui pakej Insurans Rahmah, yang sedang menuju ke tahap kedua.

Pada 11 Mac lalu Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata idea mewujudkan pasar raya mampu milik tidak akan diterima golongan bermodal.

Katanya, golongan kaya mempunyai perniagaan sendiri untuk difikirkan.

“Kenapa mereka perlu pelbagaikan kepada benda yang mereka tidak ada kepakaran?” katanya.

Sebelum ini, Salahuddin berkata, golongan hartawan boleh melabur dalam pasar raya seperti itu untuk manfaat rakyat.

Beliau mencadangkan idea pasar raya mampu milik itu di Dewan Rakyat pada 7 Mac lalu, sebagai rancangan jangka masa panjang untuk meringankan kos sara hidup.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*