“Masa masuk polis dahulu mereka baik…” Dugaan besar, jadi mereka tergoda – Ayub Khan

“Masa masuk polis dahulu mereka baik…” Dugaan besar, jadi mereka tergoda – Ayub Khan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mempertahankan prosedur operasi standard (SOP) pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia ada.

Menurutnya, SOP tersebut tidak perlu diteliti semula memandangkan ia sudah lengkap.

“Dari segi SOP pengambilan (anggota) sudah lengkap, kebanyakkan mereka ini sebelum masuk polis dulu baik.

“Mungkin selepas masuk (dan merasai) persekitaraan tersebut, dugaan cabaran itu besar, jadi mereka tergoda, selepas itu terlibat (salah laku),” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Tambah Ayob, penyeliaan yang terbaik daripada pegawai yang dilantik mampu memainkan peranan daripada bertambah kes anggota polis terlibat dalam kes salah laku.

Beliau turut yakin, penyelian yang terbaik daripada pegawai yang dilantik mampu memainkan peranan daripada bertambah kes anggota polis terlibat dalam kes salah laku.

“Penyeliaan dan tindakan tanpa tolak ansur itu dapat kekang pegawai dan anggota yang berniat terlibat dalam kes salah laku,” katanya.

Ayob berkata, pihaknya tidak tolak ansur terhadap anggota atau pegawai polis yang terlibat dalam kes salah laku.

“Saya sudah ingatkan banyak kali dan berkongsi banyak tangkapan, kita tengok sekarang ini jika ada terlibat, kita akan tangkap dan akan tuduh di mahkamah.

“Bagi saya yang terlibat ini walaupun jumlah sedikit beberapa peratus sahaja inilah yang mencemarkan imej PDRM keseluruhannya,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*