“Anwar mempunyai visi dan misi yang jelas untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat”
AWANG tersenyum kambing dengan titah ucapan Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu merasmikan pembukaan Parlimen pada hari Isnin lalu. Baginda bertitah, sepanjang jadi Yang di-Pertuan Agong, baginda berhadapan dengan empat kerajaan, empat perdana menteri dan empat jemaah menteri yang berlainan.
Sejak baginda bersemayam pada 31 Januari 2019, banyaklah peristiwa politik yang berlaku di negara ini.
Masa itu Pakatan Harapan (PH) baru menang. Malaysia punya satu kerajaan semenjak Merdeka tetapi empat kerajaan selepas tahun 2018.
Oleh sebab itu, baginda berharap Tuk Seri PM sekarang ialah PM terakhir sebelum baginda pulang ke Pahang pada 30 Januari 2024.
Nampaknya bergurau tapi amat dalam makna titah itu. Mesej baginda adalah kestabilan politik di negara ini.
Kemelut politik berlarutan selama empat tahun itu boleh dielakkan sekiranya ahli politik ketepikan kepentingan peribadi dan fikirkan nasib rakyat.
Nasihat Tuanku memang tepat sekali. Rakyat pun dah bosan dengan sepak terajang politik. Cukup-cukuplah langkah itu dan ini.
Buat masa ini, elakkanlah konspirasi itu dan ini. Berilah peluang kerajaan perpaduan ini menjalankan tugasnya.
Rakyat menghadapi macam-macam dugaan akibat keadaan ekonomi lepas pandemik. Ini masa bekerja bukan berkonspirasi.
Leave a Reply