“Macam tak percaya je…” Aktiviti persundalan di Terengganu dikesan.
Polis Terengganu menahan sembilan wanita melibatkan dua warga tempatan dan tujuh warga asing dalam aktiviti persundalan pada tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata tangkapan itu dilakukan menerusi tiga operasi yang dijalankan.
“Pada bulan Mei 2023, polis telah merekodkan dua kes yang membabitkan dua wanita tempatan yang masing-masing melakukan kegiatan itu secara persendirian atau freelance di Kuala Terengganu.
“Tujuh lagi yang ditahan melibatkan sindiket warga asing membabitkan dua warga Indonesia, seorang warga Laos dan empat warga Thailand di tiga hotel bajet di sini pada 28 Dis lepas,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.
Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan mempunyai permit perjalanan yang sah bagaimanapun, tiga daripada mereka didapati tinggal lebih masa daripada had yang dibenarkan.
Mazli berkata hasil risikan pihaknya juga mendapati kegiatan tidak bermoral itu turut dikesan di daerah Kemaman dan Dungun selain dipercayai mula memasuki kawasan peranginan di Terengganu.
Oleh itu, beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bertujuan mengekang kegiatan tersebut daripada menular di negeri ini yang terkenal dengan sektor pelancongannya.
Dalam perkembangan berasingan, Mazli berkata pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat yang ditemukan di pantai Rantau Abang, Dungun, semalam.
Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat reput tanpa kepala oleh orang ramai di tepi pantai berkenaan pada 5.15 petang.
Mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti itu dipercayai lelaki dan telah dihanyutkan arus sebelum dipukul ombak sehingga naik ke daratan.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir dilaporkan berkata pihaknya percaya mayat berkenaan telah meninggal dunia kira-kira dua minggu berdasarkan keadaannya yang reput dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Maizura yang mengesahkan penemuan mayat berkenaan meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil menghubungi pihak polis.
Turut baca :
- {VIDEO} “Kecil-kecil dah perangai macam ni…” Tak nak ikut rakan ponteng sekolah, pelajar tingkatan 3 dibelasah
- “Persoalannya kenapa ibu tak bersama…” Ibu suruh anak menyanyi hingga 3 pagi kutip RM12,000 sebulan diselamatkan JKM
- {VIDEO} “Saya ingat nombor kereta awak sampai bila-bila…” Suami meninggal dunia gara-gara pemandu bongkak halang laluan ambulans
Leave a Reply