Lelaki kerap ganggu gadis undang padah

Lelaki kerap ganggu gadis undang padah.  Seorang lelaki diikat selepas didakwa sering mengganggu seorang gadis dalam kejadian di Gombak, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan terhadap lelaki berusia 21 tahun itu dilakukan abang kepada gadis terbabit sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi 13 saat menunjukkan lelaki dalam keadaan terikat duduk di tepi sebuah kereta peronda polis dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek diikat oleh seorang lelaki yang tidak puas hati kerana mengganggu adik perempuannya.

“Bapa remaja perempuan itu tidak mahu membuat laporan polis kerana mengenali suspek dan keluarganya.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham berkenaan secara baik,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut ditangkap.

Katanya, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes ragut di kawasan berkenaan pada masa itu.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Turut baca

Lelaki kerap ganggu gadis undang padah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*