Kuala Lumpur tersenarai sebagai bandar ketiga dari 100 bandar paling terlebih masa bekerja

Kuala Lumpur tersenarai sebagai bandar ketiga dari 100 bandar paling terlebih masa bekerja.

Berdasarkan kajian antarabangsa, Bloomberg, Kuala Lumpur telah disenaraikan sebagai bandar ketiga daripada 100 bandar paling terlebih masa bekerja. Sementara Dubai, Hong Kong menduduki carta pertama dan kedua dalam ‘ranking dunia.

Kajian dari Kisi (syarikat teknologi akses mudah alih) dibuat untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.

Tambahan pula, kajian dijalankan meliputi 51 kawasan bandar di AS dan 49 bandar utama di seluruh dunia merentasi lebih daripada 130 faktor – seperti kadar kerja berlebihan, akses kepada penjagaan kesihatan dan metrik keselamatan untuk mengukur intensiti kerja, hak dan kesejahteraan penduduk.

Pekerja dari, Kuala Lumpur, Hong Kong atau Dubai mungkin mahu mempertimbangkan untuk berpindah ke Amsterdam, Buenos Aires, atau Sydney, di mana kurang daripada 10% penduduk di sana bekerja sehingga terlebih masa.

Menerusi kajian itu juga, keseimbangan hidup seseorang dalam bekerja tidak diukur dengan kerja lebih masa. Jika terdapat perkhidmatan yang boleh diakses sehingga mampu menjaga, menghiburkan dan menggembirakan orang, bandar itu mungkin mempunyai keseimbangan yang baik walaupun terlebih bekerja.

Di tempat pertama untuk bandar yang mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja ialah Oslo dengan markah 100 (yang tertinggi), diikuti oleh Bern dan Helsinki, kedua-duanya dengan markah 99 dan ke atas.

Sementara itu, Singapura dinobatkan sebagai bandar yang mempunyai persekitaran yang baik untuk bekerja dari rumah mengalahkan Washington dan Austin.

Ketiga-tiga bandar ini disenaraikan sebagai 3 bandar terbaik untuk bekerja dari rumah kerana mereka menawarkan lebih banyak pekerjaan yang boleh dilakukan dari jauh.

Malahan, kebolehlaksanaan bekerja dari jauh juga lebih tinggi serta infrastruktur yang lebih baik untuk menyokong kerja jauh (seperti kebolehcapaian WiFi).

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*