Perkongsian di media sosial banyak menceritakan kisah atau luahan perasaan golongan isteri yang dicurangi pasangannya.
Namun dalam satu perkongsian yang tular baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila isterinya disyaki bermain kayu tiga dengan jejaka lain.
Apa yang lebih menyedihkan, si isteri tergamak membuat onar biarpun usia perkahwinan mereka baru setahun jagung.
“Dah kahwin tahun lepas bulan Februari. Baru-baru ni start bulan 12 wife aku asyik outstation, kerja busy katanya.
“Semalam aku tiba-tiba bangun pukul 3 pagi lebih macam tu sebab nak tahajud. Time aku solat, phone wife aku asyik berbunyi notifikasi spam.
Aku tergerak hati nak check. Ada nama dia save D*****. Aku speechless sekejap.
“Sepanjang aku kahwin memang tak ada masalah, nafkah semua cukup, kerja rumah semua aku buat. Wife aku hidup dia pergi dan balik kerja saja. Anak pun belum ada lagi,” luah lelaki berusia 28 tahun itu.
Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu, selepas insiden isterinya ‘kantoi’, dia cuba bertanya dan berbincang namun reaksi yang diterimanya begitu tidak disangka.
“Nak tahu apa dia cakap? Itu kawan lama dia time dekat universiti dulu… cakap dalam nada tengking, tinggi. So far sepanjang aku kahwin dengan wife, aku tak pernah naik suara, pukul dia bagai.
“Masa aku kenal dia before kahwin, dia memang sopan, baik orangnya. Aku memang sayang gila dekat dia sampaikan aku letak nama dia dekat sebahagian harta aku. Tapi part ini dia tak tahu.
“Aku kalau boleh tak nak cerai. Doakan aku dapat selesaikan masalah ini. Aku cuma nak luah je,” kongsinya.
Luahan yang dihantar dan disiarkan di laman X @meinmokhtar itu mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan lelaki berkenaan yang matang mengendalikan masalah.
Namun begitu, ramai turut menasihatinya agar membuat keputusan yang betul sebelum terlambat.
“Slow-slow tukar balik nama harta tu. Memang kalau boleh tak nak cerai tapi prepare sajalah kalau apa-apa jadi.
“Dah boleh consider sebagai red flag. Mampu ke nak teruskan perkahwinan tu sampai tua dengan penuh rasa curiga? Kena fikirkan perasaan dan hati sendiri dulu sebelum merana.
“Kesiannya. Dapat suami elok, wife pula curang. Slow talk dan bagi peluang kedua. Kalau dia masih repeat, tolong blah dan cari bini baru,” demikian komen netizen.
Turut baca :
- “Susah nak tinggal, asyik ‘cair’ selepas dipujuk…” Wanita ‘terlajak’ sayang suami orang yang isterinya sedang hamil
- “Dijangka mati semula dalam tempoh 4 hari…” Warga emas ‘kembali bernyawa’ selepas sejam meninggal dunia undang kebimbangan keluarga
- Bapa ‘bernafsu binatang’ noda anak sampai hamil, libas isteri guna parang
Leave a Reply