Kejam !!! Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen

Kejam !!! Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen.

Seorang remaja berusia 17 tahun dari Bandar Raya New York didakwa atas tuduhan membunuh selepas didapati mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat lima sebuah apartmen, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejam !!! Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen
POLIS telah menahan seorang gadis kerana membunuh bayinya yang baru lahir. 

Remaja dengan identiti yang tidak didedahkan itu dilaporkan pergi ke Hospital Lincoln pada 24 Oktober tahun lalu dan mengaku telah melahirkan anak di apartmennya di East 158th Street.

Kakitangan hospital kemudian menghubungi talian kecemasan. Polis turut bergegas ke lokasi di mana gadis itu mendakwa bahawa dia telah melahirkan anaknya.

Kejam !!! Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen
Remaja 17 tahun campak bayi baru dilahirkan dari tingkat lima apartmen

ihak berkuasa yang menggeledah kawasan itu kemudian menemui bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah petak hiasan bunga, kata polis.

Siasatan lanjut mendapati gadis itu telah mencampak bayi lelakinya keluar dari tingkap di tingkat lima apartmen itu dan kemudian terjatuh ke dalam petak hiasan bunga tersebut pada bahagian luar bangunan itu.

Pada April lalu, polis mengesahkan bahawa kematian bayi tersebut adalah disebabkan oleh pembunuhan dan bukannya meninggal dunia ketika

Setelah siasatan selesai, gadis itu telah ditahan pada Khamis lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*