Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus diteladani oleh parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.
“Kisah Perang Uhud wajar dijadikan pedoman dalam perjuangan siasah kita sebagai kerajaan yang masih baharu ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau bukanlah sempurna, namun berusaha melakukan formula dan usaha terbaik untuk negara yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini.
“Kerjasama yang digalas bersama dengan parti yang lain setakat ini ternyata positif dan meyakinkan. Kerajaan ini juga tidak akan berkompromi dengan provokasi perkauman-agama yang boleh meruntuhkan usaha jangka panjang Kerajaan Perpaduan menyelamatkan negara ini,” katanya.
Leave a Reply