Kecoh Tok Kadi angkat telefon ketika nikahkah orang, rupanya…

Bagi pasangan yang ingin berkahwin, sudah tentu pelbagai persediaan telah dilakukan

Antara yang paling penting adalah wali yang dipertanggungjawabkan. Kebiasaannya, tok kadi sering menjadi wakil kepada wali untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan bakal suami.

Dia perlu memastikan rukun-rukun nikah serta mas kahwin telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.

Tipulah kalau pengantin lelaki pada masa itu tidak gementar, tambahan lagi ketika saat mahu dinikahkan.

Lain pula yang terjadi dengan video di TikTok ini apabila seorang tok kadi sempat menjawab panggilan telefon isterinya telah mencuit hati ramai.

Rupa-rupanya isteri nak tanya pasal kunci rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu seorang tok kadi sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin.

Namun, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon dan terpaksa mengangkatnya. Difahamkan, ia adalah panggilan dari isterinya yang bertanyakan mengenai kunci rumah mereka.

Keadaan tersebut menyebabkan semua tetamu yang datang terhibur melihat situasi berkenaan.

Turut baca :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*