Kantoi !!! Pegawai kanan, pesara kerajaan disyaki terima rasuah RM700,000 ditahan

Kantoi !!! Pegawai kanan, pesara kerajaan disyaki terima rasuah RM700,000 ditahan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan sebuah jabatan dan pesara kerajaan kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Kantoi !!! Pegawai kanan, pesara kerajaan disyaki terima rasuah RM700,000 ditahan
Kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan permohonan reman dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Sumber SPRM berkata, wang suapan itu adalah sebagai balasan kepada suspek untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah pada setiap bulan kepada Kementerian Kewangan (MoF) Sabah.

“Tindakan kedua-dua suspek ini menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri.

“Mereka berdua (suspek) telah ditahan pada jam 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan permohonan reman dijangka dibuat di Mahkamah Majistret.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa tangkapan susulan dibuat selepas ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*