Kanak-kanak 3 tahun putus kepala dibaham singa

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di negeri Gujarat, India maut dibaham seekor singa selepas haiwan itu berjaya melarikan mangsa dari pegangan ibunya, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa, Nitin Rakeshbhai Mehda sedang bersiar-siar bersama keluarganya di sebuah ladang di Ghanshyam Nagar apabila singa itu keluar dari dalam hutan berhampiran dan menerkamnya.

Haiwan pemangsa itu berjaya mengheret Nitin ke dalam hutan ketika perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Semasa operasi mencari, polis membuat penemuan mengerikan di mana dua anggota badan mangsa yang terputus iaitu kepala dan kakinya ditemui.

Pihak berkuasa yang cuba menjejaki haiwan itu telah memasang perangkap dalam usaha untuk menjeratnya namun setakat ini, singa itu masih gagal ditangkap.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*