Tular di media sosial seorang lelaki berlari beberapa meter mengejar sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Menerusi perkongsian DjYuyui di TikTok, lelaki itu dipercayai tertinggal bas yang dinaiki menuju ke ibu kota.
“Kena tinggal bas ke bang? 4 Syawal 1445H,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran berkenaan, orang ramai tidak ketinggalan berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.
“Pernah juga tertinggal bas di R&R dulu. Terkedu kejap lepas tengok bas dah tak ada dengan tengah malam lagi,” kongsi @syafiqah.
“Kawan akak pernah kena. Orang berhenti nak pergi bagi tandas kat stesen minyak tapi dia lepak kat tandas. Kena tinggal dan kejar bas juga, nasib tak jauh,” kata @Ijazam.
Turut baca :
- “Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas…” Isteri suspek tembak di KLIA 1 akhirnya ‘bersuara’
- {VIDEO} “Ini baru betul raya…” Mak speaking Tamil layan jiran India datang beraya
- {VIDEO} Anak meraung lihat ibu hamil 9 bulan melambung dilanggar superbike
“Dalam hati abang tu, tolong la sesak tak bergerak,” ujar @poksu92TPG.
Namun dalam masa sama, ada juga yang seolah-olah mempertikaikan tindakan pemandu bas berkenaan yang tidak memastikan semua penumpang cukup sebelum memulakan perjalanan.
“Dulu zaman saya naik bas pemandunya bagus-bagus. Sebelum jalan tengok dulu penumpang cukup ke tak. Nasib orang tu muda boleh kejar. Kalau org tua, entahlah,” luah @Ila
Leave a Reply