JDT berjaya lahirkan bintang muda kedua termahal di Asia Tenggara. Saham bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus meningkat apabila dia disenaraikan dalam kalangan 11 ‘wonderkid’ (bintang muda) termahal di Asia Tenggara.
Media Thailand, Main Stand menyenaraikan 11 nama pemain muda paling bernilai dengan Arif Aiman berada di kedudukan kedua selepas pemain muda Thailand, Suphanat Mueanta.
Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia diletakkan nilai pasaran sebanyak 400,000 euro (RM1.8 juta).
Nilai itu berdasarkan beberapa faktor terutama prestasi cemerlang Arif Aiman bersama skuad kebangsaan dan kelab JDT.
Sementara itu, Mueanta memegang status pemain muda paling bernilai tinggi di Asia Tenggara dengan nilai pasaran RM3.24 juta.
Bintang Buriram United berusia 20 tahun itu meledak sembilan gol sepanjang 22 perlawanan dalam semua kejohanan bersama kelab itu.
Selain itu, turut berada dalam senarai terbabit adalah pemain import Selangor FC dari Myanmar, Hein Htet Aung yang menduduki tempat ketiga dengan nilai pasaran RM811,017.
Anak kepada legenda Singapura, Ilhan Fandi pula menduduki di tangga kelapan dengan nilai pasaran RM695,203.
Bintang muda termahal Asia Tenggara:
1. Suphanat Mueanta (Thailand) RM3.24 juta
2. Arif Aiman Hanafi (Malaysia) RM1.85 juta
3. Rizky Ridho (Indonesia) RM1.27 juta
4. Hein Htet Aung (Myanmar) RM810,000
5. Nguyen Phi Hoang (Vietnam) RM811,017
6. Sieng Chantea (Kemboja) RM695,203
7. Paul Bismarck Tabinas (Filipina) RM695,203
8. Ilhan Fandi (Singapura) RM695,203
9. Hakeme Yazid Said (Brunei) RM578,800
10. Solasak Thilavong (Thailand) RM347,000
Leave a Reply