Isu kebajikan : Jasa ‘Veteran ATM’ tidak dikenang ?

Isu kebajikan : Jasa ‘Veteran ATM’ tidak dikenang ?

Bekas panglima medan Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Zaini Mohd Said tampil mengulas himpunan Reunion Veteran serta tuntutan bekas pesara ATM mengenai isu kebajikan mereka.

 Isu kebajikan : Jasa 'Veteran ATM' tidak dikenang ?
Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Zaini Mohd Said

Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa itu dipetik Utusan Online berkata menteri perlu menangani tuntutan yang disuarakan pesara pasukan keselamatan itu pada himpunan 6 Jun lalu.

“Saya percaya mereka pun kalau boleh tidak mahu buat perhimpunan, tunjuk perasaan kerana kita berpegang kepada sumpah taat setia kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong. Malah ia sesuatu yang tidak manis.

“Kalau di negara luar seperti Amerika Syarikat (AS) atau Thailand ia adalah petunjuk yang tidak baik kepada pemerintah negara,” katanya pada wawancara bersama media dalam talian itu.

 Isu kebajikan : Jasa 'Veteran ATM' tidak dikenang ?

Zaini yang terkenal atas peranannya menumpaskan pengganas Al Maunah di Bukit Jenalik, Gerik lebih dua dekad lalu berkata kerajaan tidak wajar mengambil mudah tuntutan yang disuarakan dalam himpunan Reunion Veteran itu.

“Sekarang kita tengok veteran semakin berani bersuara dan tampil ke hadapan.

“Jadi maknanya apa? Kita mahu menteri yang ada sekarang buka mata. Isu yang diperjuangkan ini bukan isu baru, sebaliknya telah bertahun veteran bawa.

“Sekarang ini saya mahu bertanya, adakah kerana veteran bukan lagi pemberi undi di satu-satu kawasan menyebabkan suara mereka tidak diendahkan,” soalnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein (gambar, atas) pada 8 Jun berkata tuntutan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk pencen bukan hanya melibatkan Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak pihak lain lebih-lebih lagi jika ia berkait rapat dengan kemampuan atau kewangan negara.

Dia berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

Dalam pada itu, Zaini ketika menjawab soalan mengenai peruntukan kewangan yang tinggi kepada kerajaan dalam memenuhi tuntutan veteran ATM berkata ada formula yang boleh digunakan untuk tunaikan tuntutan tersebut.

“Sebagai contoh kalau anggota yang berhenti 10 tahun, pencen boleh dikira daripada tempoh perkhidmatan.

“Paling penting pemberian pencen wajar dan cuma jumlah itu perlu dinilai dan setimpal berdasarkan keadaan semasa.

“Kalau betul-betul hendak beri dan menjaga kepentingan veteran, ketiga-tiga tuntutan perlu diperlu diluluskan,” jelasnya lagi.

 Isu kebajikan : Jasa 'Veteran ATM' tidak dikenang ?

Pada himpunan yang berlangsung 6 Jun lalu, kira-kira 1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara bagi menyuarakan beberapa isu, terutama berkaitan kebajikan mereka.

Tuntutan itu melibatkan penyelarasan dan pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta membuka ruang untuk pengampunan kepada mereka supaya dapat menerima pencen selain diiktiraf sebagai vetera

Menjelaskan lanjut, Zaini berkata tuntutan himpunan Reunion Veteran itu “berkaitan bebanan kehidupan pada masa kini yang semakin menekan.”

“Harga barang naik beberapa kali dalam tempoh agak singkat. Kadar pencen pula tidak seimbang dan ada jurang antara yang berpencen sebagai sarjan pada tahun awal 2000 dengan sarjan yang baru berpencen dua atau tiga tahun lepas.

“Begitu juga dengan askar yang tiada pencen. Mereka berhenti ada banyak sebab,” katanya.

“Tapi, kita perlu lihat semula jasa mereka dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan.

“Tak mungkin tiada satu jasa langsung walaupun tamatkan perkhidmatan awal,” jelasnya lagi.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*