Ketua Penerangan Pemuda Pas Gombak, Suffi Kamari yang didakwa merendah-rendahkan Yang Dipertuan Agong dipanggil oleh polis hari ini.
Ia berikutan laporan polis yang dibuat oleh seorang aktivis media sosial, Najib Bakar yang membuat laporan polis balas terhadap beliau.
Suffi dalam satu posting di media sosial beliau, memaklumkan beliau dipanggil memberi keterangan di Unit Jenayah D5 Bukit Aman.
“Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak Bukit Aman melalui pegawai penyiasat yang mengarahkan saya hadir memberi keterangan akan satu laporan polis terhadap saya mengenai ciapan saya di laman Twitter pada November 2022,” tulis Suffi.
Najib telah membuat laporan polis terhadap Suffi ekoran satu posting beliau di Twitternya pada 22 November 2022 lalu.
Dalam posting yang dibuat di Twitter itu, Suffi mempertikaikan peranan Istana Negara dalam perlantikan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri ke 10.
Leave a Reply