Hadi ‘dibidas’ bangkit isu kerajaan sediada bakal tumbang

Hadi ‘dibidas’ bangkit isu kerajaan sediada bakal tumbang. Ketika rakyat baru menarik nafas lega di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, timbul pula isu daripada pihak lawan yang ingin menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang sibuk menyelesaikan masalah buat rakyat berpendapatan rendah,

Sebelum ini satu media tempatan melaporkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat satu lagi kenyataan yang memberi bayangan Kerajaan Perpaduan akan tumbang.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika berucap di sesi Dialog Ulama Negarawan, tidak menyebut berdasarkan apa jangkaan dibuat.

“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan. Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Rakyat semestinya tidak senang dengan khabaran yang dibuat oleh Abdul Hadi, kerana dilihat mementingkan diri daripada rakyat sendiri.

“Tak penat ke? Punyalah ramai rakyat yang tengah susah, nak beli beras pun takde duit. Bukankah lebih elok cari penyelesaian untuk sama-sama tolong rakyat.

“Ni pung-pang pasal rampas kuasa? Seriuslah? Akal budi dan empati memang kelaut ke pemimpin Pas ni?” soal pengguna media sosial.

Pengguna media sosial lain juga mempersoal mengapa ada sesetengah pihak yang mahu pegang kuasa sedangkan negara dalam fasa pemulihan.

“Kenapa ya? Kenapa nak sangat kerajaan sekarang tumbang? Negara dalam fasa pemulihan. Kenapa terlalu nak sangat pegang kuasa?

“Kami boleh terima kalau tuan hebat sangat tapi masalahnya, haih. Masalah betullah,” komen pengguna lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*