Goodbye Kuala Lumpur !! Hantaran TikTok Raja Permaisuri Agong undang sebak & hiba.
Demikian titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam hantaran di laman sosial TikTok.
Berkongsi foto menaiki pesawat, Raja Permaisuri Agong ke-16 itu sempat memberikan mini love dan flying kiss.
Selain menzahirkan selamat tinggal, bonda kepada enam cahaya mata itu turut meninggalkan pesanan buat warga maya.
“INGATKU DALAM DOAMU. JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI.
“TERIMA KASIH MALAYSIA,” TITIPNYA.
Menerusi ruangan komen akaun TikTok Tengku Ampuan Pahang itu, warga maya menyatakan sebak dan hiba menyaksikan permaisuri berjiwa rakyat itu bakal kembali ke Pahang Darul Makmur.
– “Terima kasih Seri Paduka Tuanku berdua. Lima tahun memerintah meninggalkan kenangan manis untuk rakyat Malaysia. Tuanku sentiasa berada di hati kami. Daulat Tuanku.”
– “Ampun Tuanku, jangan bye-bye dulu. Belum 30 Januari tetapi hati patik sudah sebak.”
– “Tak sanggup Tuanku, nanti pasti akan merindui Raja Permaisuri Agong tersayang kami. Tuanku tetap di hati kami selama-lamanyanya.”
– “Tak sanggup rasanya namun apakan daya. Sayangnya kami kepada Tuanku Permaisuri.”
– “PERCAYALAH MOMEN-MOMEN TUANKU PERMAISURI AKAN JADI KENANGAN YANG PALING BERMAKNA BUAT RAKYAT, MENJUNJUNG KASIH TUANKU.”
– ” We will miss you, take care my lovely Raja Permaisuri Agong.”
– “Thank you our dearest Queen Nation’s Mama. Semoga sihat selalu hendaknya.”
– “Menjunjung kasih Tuanku. Moga Seri Paduka Tuanku berdua di bawah rahmat ALLAH sentiasa. Thanks for the such memorable n wonderful five years.”
Berjiwa rakyat, itulah istilah tepat yang ditujukan buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok mencemar duli muncul di khalayak bersama-sama rakyat tanpa mengira bangsa serta agama.
Justeru, tidak hairanlah begitu sayangnya rakyat kepada baginda berdua.
Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024.
Baginda telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.
Al-Sultan Abdullah sebelum ini menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dipilih menjadi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Turut baca :
- “Biarlah helaian sejarah menjadi bukti…” Agong sebak, zahir penghargaan kepada rakyat
- “Jarang tak nampak sweet…” Ucapan romantik Agong buat permaisuri tersayang bikin hati rakyat berbunga-bunga
- “Tegurlah sebelum terlambat…” Isteri solehah dah malas solat berjemaah, rupanya tengah ‘angau’ dengan lelaki lain
Leave a Reply