Gempar! Anwar terima ugutan dari ‘geng penyakau besar’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan menerima ugutan daripada ‘geng penyakau besar’ selepas kerajaan pentadbirannya bertekad menghapuskan rasuah dan menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.

Anwar berkata, beliau tiada masalah dengan ugutan yang diterima malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa.

“Macam-macam ugutan saya terima, geng-geng kaya raya ini dah berpakat. Saya tak ada masalah, itu kerja dia.

“Geng-geng penyakau besar berbilion-bilion berpakat sekarang ini nak buat hidup Melayu…hang (kamu) buat lah, saya lawan tetap lawan untuk pertahankan prinsip ini,” katanya ketika berucap pada kenduri korban dan solat Jumaat di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau terbuka untuk ditegur dan dikritik sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaannya, namun bukan difitnah tanpa fakta dan penilaian yang adil.

Beliau mengakui dirinya mungkin ada kekurangan serta kelemahan dan bersedia ditegur, namun bukan dicerca dan fitnah.

“Politik ini bukan fitnah…boleh kritik kerana saya bukan betul semua, saya pun ada kekurangan mungkin saya tak tahu, mungkin saya ada kelemahan tapi bagi tahu la.

“Tapi cerca dan fitnah ini tak boleh, tidak kira sesiapa pun Cina atau Melayu, pakai kopiah atau kot, ini tak boleh,” katanya.

Beliau turut mengulas dakwaan perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia ditandatanganinya bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu sebagai fitnah dan tidak benar.

Jelasnya, beliau tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan blok Ambalat berikutan tidak bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan Indonesia dan begitu juga dengan Indonesia yang tidak bersetuju dengan tuntutan Malaysia.

“Jadi yang tu tangguh…yang lain kita tandatangan tapi belum ada fakta.

“Ini di luar sana ada yang mengatakan seolah-olah Anwar ini seorang Perdana Menteri yang khianat dan jual kepentingan negeri kita,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*