N!xau Toma ni asal dia dari Namibia. Masa awal dia masuk dunia lakonan sekitar tahun 80an, memang ramai yang dah kritik kehadirannya kerana dianggap tidak bertamadun.
Yela N!xau taktahu berbahasa orang putih. Dia berlakon pun ada tukang translate yang menyampaikan arahan-arahan ketika shooting.
Mulanya siri filem The Gods Must Be Crazy ni bukan laku pun. Orang tak suka, rasa terlalu mundur dan cringe. Sampailah ada scene botol coca cola, barulah filem ni famous sampaikan ditayang dekat panggung beratus hari.
Yang taktahu scene botol coca cola ni, pergilah korang tengok. Nak explain dia punya lawak macamana pun susah pasal filem ni takda dialog pun. Kalau ada pun, kau aku dan dia tak faham apa.
Masa awal dia masuk dunia lakonan, N!xau dapat offer gaji sebanyak $5000. Tak lama kemudian gaji dia naik jadi $20,000. Tapi kejap je rasa gaji puluh ribu ni.
Akhirnya cuma merasa $300 sahaja walaupun keuntungan filem dah berjuta. Sikit je bayaran padahal dah travel sana-sini hanya semata untuk berlakon. Kemana je N!xau tak pernah pergi. China, Perancis, Amerika, Itali. Banyak! Memang N!xau kena kerja keras pasal nafsu dia pun agak keras.
Ada 3 isteri dan belasan anak. Power kan?
Sebenarnya N!xau tak pandai nak invest duit juga. Sampaikan nak guna macamana pun dia clueless sebab tu asyik kena kencing.
Jadi memang lepas tarik diri dari bidang lakonan, beliau pulang ke kampung halaman. Dengan sisa duit yang ada, N!xau upgrade rumah. Bagi anak isteri lebih selesa. Duit dia memang habis tang situ saja.
Bagus memang baguslah tapi ngam duit habis dekat situ semata-mata. Lepastu dah takda apa-apa untuk hari tua.
Kenapa N!xau tarik diri dari dunia lakonan? Dia rasa dah meluat nak layan perangai orang putih yang merendahkan bakat lakonannya. Ada orang asyik desak dia tinggalkan culture asal usul kaum kemudian hidup dengan lebih modern. Walaupun pembawaan lakonan N!xau slumber dan tak nampak kekok, benda ni tetap tak cukup pada mata diorang.
Sebenarnya kalau dari pandangan mata kita filem ni memang slumber dan kelakar tapi dari mata orang putih, ia agak menjijikan.
Lepas je N!xau berhenti dari dunia lakonan, dia pun pulang ke kampung dengan membawa sebiji kereta. Tapi beliau tak pandai memandu jadi N!xau pun upah seorang pemandu. Lama-kelamaan bila dah tak mampu nak bayar, kereta pun tak function lagi. Jadi hiduplah N!xau ni dengan seperti asal.
Ada betul juga apa yang dipertikaikan oleh orang lain pasal culture hidup N!xau. Sepatutnya selama 10 tahun N!xau ni jadi pelakon didunia glamor, memang kena ajar dia dengan budaya yang lebih terbuka.
Ini memang bagus untuk perkembangan hidup sendiri dan keluarga. Teruk sangat pengetahuan kehidupan N!xau ni sampaikan kegunaan duit pun dia tak pandai nak atur. Memang semua orang salahkan si pengarah filem TGMBC yakni Jamie Uys pasal dia seolah macam sengaja biarkan N!xau hidup dengan pengetahuan yang sederhana.
10 tahun kalau dah travel hampir setengah dunia, patutnya berkembang maju. Tapi N!xau tak. Dia pulang ke asal usulnya tanpa apa-apa skill.
Kata Jamie, biarkan sahaja N!xau dengan budaya asal. Dia suka pasal nampak N!xau lebih natural.
Masa pulang semula ke kampung halaman, N!xau kembali pada pekerjaan lamanya.
Bercucuk tanam, memburu, masuk kehutan untuk mencari sumber rezeki. Memang kuat N!xau bekerja demi keluarga besarnya. Sampailah pada tahun 2003, N!xau ditemui mati ditengah hutan.
Masa ni N!xau pergi masuk hutan nak cari kayu dan memburu ayam hutan. Namun dia menemui ajalnya disana. Kalau ikutkan kematian N!xau ni dikira taktahu punca pun. Misteri. Tapi post-mortem kata ada kaitan dengan sakit batuk kering (TB) yang dihidapi oleh N!xau. Nak pula tak ada perubatan yang dijalani oleh lelaki malang ini.
Jadi itulah pengakhiran hidup N!xau yang mana berada didalam bidang keglamoran tapi berakhir tanpa sebarang kemajuan. Walaupun dia pilih sendiri untuk berhenti dari dunia lakonan tapi sayangnya dia pulang tanpa membawa apa-apa pembaharuan.
Kalau aku, aku salahkan tukang pengarahlah pasal tak ajar macamana N!xau nak memberi improvisasi pada diri. Yang dia tahu cuma bikin filem dan gunakan N!xau.
Leave a Reply