Ferrari rempuh Toyota Camry

Sebuah kereta mewah jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan ketika berada di Kilometer 144 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, pagi jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pukul 7.25 pagi itu, Ferrari jenis F12 Berlinetta dipandu pemuda dari Singapura telah merempuh belakang sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki empat lelaki tempatan berusia 50-an.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mewah dipandu warga Singapura berusia 22 tahun yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur telah terlanggar bahagian belakang kereta mangsa yang berada di lorong kanan.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua kenderaan telah terbabas ke kanan jalan dan mengakibatkan kesemua penumpang Toyota Camry mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kes disiasat oleh Penolong pegawai penyiasat dari unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman.

Ferrari rempuh Toyota Camry

Ferrari rempuh Toyota Camry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*