Seorang suri rumah menangis dalam kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen di sini ketika membuat rayuan terhadap hukuman atas kesalahan mendera anak kandungnya, akhir bulan lalu.
Tertuduh, Norsaqila Rahmat, 32, dikenakan hukuman denda RM8,000 selepas mengaku salah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Mujib turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara empat tahun jika gagal membayar denda.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan ibu kepada empat orang anak itu dikenakan bon kelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 60 jam bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan di bahagian tubuh di sebuah rumah di Kampung Tengah, di sini pada 24 November 2024.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli yang mengendalikan kes memohon mahkamah untuk memberikan hukumam setimpal atas kepentingan awam dan bukan berlandaskan kepentingan tertuduh.
Norsaqila yang tidak diwakili peguam sambil menangis dalam rayuannya, mohon diringankan hukuman kerana datang dari keluarga susah.
Baca juga :
- PM Anwar bertekad hentikan amalan bina kekayaan melalui kuasa politik
- Setelah berlepas hampir sejam, pesawat AirAsia Tawau-KL patah balik akibat masalah enjin
- Jefri Nichol buat pendedahan mengejut, mengaku makan babi selepas dedah tiduri 20 wanita
Leave a Reply