Tiada kata mampu menggambarkan perasaan ahli keluarga ketika ini selepas bapanya yang menjadi mangsa tetak sekumpulan India disahkan meninggal dunia, petang semalam.
Bercerita detik menjaga Allahyarham Ismail Ahmad, menantunya Khairul Anuar Mohamad berkata arwah bapa mentuanya ada meminta agar dia terus menemaninya di hospital.
“Arwah megadu tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam kerana mengalami sakit badan dan saya lihat dia hanya tidur sekejap -sekejap sahaja.”
“Kesihatannya agak merosot dan saya yang menjaganya juga tidak dapat melelapkan mata sehingga pagi kerana mahu memantau keadaan bapa mentua.” -Khairul Anuar
Bagaimanapun, dia kemudiannya pulang ke rumah dan berganti pula dengan isterinya yang juga merupakan anak ketiga arwah pada jam 8 pagi semalam.
“Kerana terlalu mengantuk, saya terus tidur sebaik sampai di rumah sebelum menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan bapa mentua tenat kira-kira jam 2 petang.”
“Mendengarkan berita itu, saya terus bergegas ke hospital namun mentua ketika itu sudah tidak sedarkan diri sebelum dia akhirnya disahkan meninggalkan dunia beberapa jam kemudian,” -Khairul Anuar
Untuk rekod, Allahyarham Ismail yang bertugas sebagai pengawal keselamatan parah akibat dilibas pedang di kepala dan tangan oleh seorang lelaki.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila mereka ditegur kerana menunggang motosikal secara berbahaya di tapak projek perumahan di Bukit Banyan Khamis lalu.
Turut baca :
- Gara-gara tegur tunggang motosikal cara bahaya, Pak Guard parah ditetak
- ‘Pak guard’ dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia
Leave a Reply