Dataran Merdeka dibanjiri ribuan pengunjung seawal 2 pagi. Ribuan pengunjung dari seluruh negara mula membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur seawal pukul 2 pagi bagi menyaksikan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022, hari ini.
Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sosial, mendapati acara berprestij itu menerima sambutan luar biasa sekali gus meningkatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia.
Lebih membanggakan, bukan sahaja sanggup menginap di hotel berhampiran, malah ada juga yang sanggup ‘tidur’ di kaki lima untuk menghadiri acara berkenaan.
“Berjam-jam tunggu, tapi tidak dibenarkan masuk lagi. Perjuangan nak masuk Dataran Merdeka,” seloroh pengunjung, Muhrizal As-Saswara.
- Turut baca : {VIDEO} “Sakit hati dengar…” Perli DJ radio waktu ‘on air’, netizen cemuh wanita mulut ‘laser’
“Alhamdulillah dapat ‘seat’ (tempat duduk) depan pentas hadapan. Pertama kali raikan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka bersama keluarga,” kata seorang lagi pengunjung dikenali Anuar A. Rahman.
- Turut baca : {VIDEO} “Semangat anak Malaysia…” Lelaki diam-diam pinjamkan baju pada pelajar Cina untuk masuk kelas
Selain itu, keadaan sesak dan terkawal turut dilihat di beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar ibu negara yang telah memulakan operasi pada pukul 4.30 pagi tadi.
Rata-rata orang ramai tidak sabar menantikan acara penuh gemilang itu selepas tertunda dua tahun akibat pandemik Covid-19.
“Semangat. Harap-harap generasi akan datang kekal dengan semangat seperti ini,” kata seorang pengguna.
“Rasa bersemangat nak pergi, raptai pun dah best,” ujar syahmimie.
Leave a Reply