Dana judi PN : Anwar beritahu Muhyiddin, ‘nak ambil tindakan, silakan’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedia dengan tindakan undang-undang bakal diambil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berhubung pendiriannya mengenai gabungan itu menerima dana daripada syarikat perjudian.

Namun, beliau menasihatkan Muhyiddin supaya membaca kenyataan mengenai perkara itu secara lengkap sebelum mengambil tindakan.

“Baca kenyataan dengan lengkap baru ambil tindakan. Tapi kalau dia nak bawa terus, silakan.

“Saya tak akan keluarkan kenyataan sekiranya tiada asas,” katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*