“Cuma mengaku cederakan mangsa…” Penganggur dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Cuma mengaku cederakan mangsa.

Seorang penganggur yang mengaku bersalah sebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan di hadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan membunuh.

"Cuma mengaku cederakan mangsa..." Penganggur dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Tertuduh, R.Subramaniam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan itu dibuat susulan tindakan polis mengklasifikasikan semula kes mencederakan mangsa, Ismail Ahmad yang berlaku di sebuah tapak projek perumahan sebagai kes bunuh.

Ia selepas mangsa yang menerima rawatan sejak Khamis lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada Ahad.

"Cuma mengaku cederakan mangsa..." Penganggur dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan, tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang tiada pekerjaan tetap didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal Tapak Projek Perumahan Siera 4, Bukit Bayan di sini pada 4.40 petang 4 April lalu.

"Cuma mengaku cederakan mangsa..." Penganggur dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Semalam, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehingga kesnya selesai.

Turut baca

"Cuma mengaku cederakan mangsa..." Penganggur dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*