Cubaan pecah rekod dunia, wanita Ghana nyanyi selama 126 jam 52 minit.
Seorang wanita dari Ghana cuba memecahkan Rekod Dunia Guiness dengan menyanyi selama lebih 120 jam berturut-turut.
Lapor UPI News, Afua Asantewaa yang merupakan usahawan dan bekas ratu cantik mula menyanyikan kesemua 125 lagu pada malam sambutan Krismas.
Asantewaa bagaimanapun berjaya menamatkan percubaan rekod dunia itu lima hari kemudian.
“Wanita itu dibenarkan mengambil rehat selama lima minit setiap jam atau 20 minit untuk setiap empat jam.
“Persembahan Asantewaa mematuhi peraturan ditetapkan oleh Guinness World Records,” jelas laporan.
Dilaporkan, Asantewaa cuba mengatasi rekod dicatatkan oleh pemuzik dari India, Sunil Waghmare.
Pada tahun 2012, Sunil mencipta rekod dunia itu selepas berjaya menyanyi selama 105 jam.
Secara tidak rasmi, Asantewaa menyanyi selama 126 jam dan 52 minit, melepasi rekod dicatatkan Sunil iaitu tambahan sebanyak 21 jam.
Bukti video daripada persembahan Asantewaa sudah diserahkan kepada Rekod Dunia Guinness untuk penilaian.
Turut baca :
- {VIDEO} “You masuk negara orang kena ikut undang-undang maa..” Lelaki ‘jerkah’ warga Singapura isi minyak subsidi RON95
- {VIDEO} “Ikat dia…ikat dia…” Padah cuba curi motosikal RXZ, 3 lelaki ‘lunyai’ dibelasah
- “Saya datang nak hantar makanan saja…” Pasangan duda anak satu, janda anak lima ‘kantoi’ dibilik motel
Leave a Reply