Cemburu bekas isteri temui pasangan, bapa bunuh anak dengan cara ‘mengerikan’

Cemburu bekas isteri temui pasangan, bapa bunuh anak dengan cara ‘mengerikan’. Seorang lelaki di Colombia ditahan polis kerana mencekik anak lelakinya sehingga mati sebelum menghantar gambar mayat mangsa kepada bekas isterinya, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini.

Gabriel Enrique Gonzales Cubillos, 50, meninggalkan mayat anaknya, Gabriel Esteban, 5, di sebuah bilik hotel di Cundinamarca selepas membunuh mangsa.

Lelaki itu ditahan semasa pemeriksaan lalu lintas, manakala media tempatan melaporkan bahawa suspek cuba merasuah polis supaya membiarkannya melarikan diri.

Polis percaya suspek melakukan pembunuhan tersebut kerana bekas isterinya menemui pasangan baharu.

Cubillos didakwa menculik anaknya pada 2 Oktober lalu sebelum dituduh membunuhnya dengan cara yang mengerikan pada pagi keesokan harinya.

Dia kemudian menghantar gambar mayat mangsa kepada bekas isterinya, Consuelo Rodriguez dan mengaku melakukan jenayah itu.

“Dia (mangsa) tidak menderita. Kini anda boleh berseronok sendirian dengan Edilson dan Wesly tanpa Tricitico dan lebih-lebih lagi saya. Tahniah,” demikian mesej yang dihantar menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Identiti individu lain yang disebut di dalam mesej berkenaan belum dikenal pasti.

Consuelo segera menghubungi polis dan mereka kemudian melancarkan gerakan memburu suspek.

Esteban ditemui mati di Hotel El Rey di Melgar, demikian menurut media tempatan. Dia dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Turut baca :

Cemburu bekas isteri temui pasangan, bapa bunuh anak dengan cara 'mengerikan'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*