Cakap kuat sampai ramai kurang selesa di Hospital, rupanya ini berlaku

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada berkongsikan satu situasi yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila seorang pak cik lelaki warga emas berusia 85 tahun bercakap dengan nada yang kuat sehingga menyebabkan pesakit lain tidak selesa.

Namun, selepas ditegur oleh lelaki, rupanya warga emas berbangsa Cina itu sebenarnya mengalami masalah pendengaran sehingga dia sukar mendengar percakapan dan pengumuman yang dibuat.

Kehadiran lelaki warga emas itu ke hospital untuk membaiki alat pendengarannya namun ramai yang membiarkan sahaja dirinya tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

Dia cakap dengan kuat. Saya marah pada awalnya, kemudian barulah saya tahu dia ada masalah pendengaran.

Ujarnya lagi, pak cik tersebut datang ke hospital seorang diri tanpa penjaga menyebabkan dia terpaksa berkomunikasi menggunakan kertas dan perkara tersebut telah menyebabkan ramai bersimpati dengan keadaan pak cik itu.

Sedihlah aku tengok pak cik ni pergi appointment sendiri. Tak ada sukarelawan ke? Aku boleh je jadi orang yang bawa pak cik ni.

Dia pergi sorang je? Mana keluarga dia?

Bukan itu saja, ramai yang mengharapkan kejadian itu dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk orang ramai lebih menjaga kebajikan orang tua mereka sekiranya masih lagi hidup.

Turut baca ;

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*